Duit..... sudah jadi lumrah duit memainkan peranan penting dalam kehidupan kita seharian... tanpa duit, banyak perkara tidak dapat dilakukan dengan betul ... apapun perkara berakhir kerana duit (kebanyakkannye lah) . Kawan-kawan seperjuangan ada yang termenung kerana duit, ada yang menggigit jari kerana duit, sungguh duit boleh diganti dengan duit keras (kad kredit) akhirnya ia akan berakhir dengna soal duit apabila pengabisannya hutang kad mesti dibayar dengan duit... Ramai insan yang hilang moralitinya juga kerana perlukan duit untuk hidup atau lebih tepatnya nak hidup senang...
Suami isteri bergaduh malah ada yang sanggup berbunuhan pun kerana duit. Kurang iman, kurang pengetahuan, kurang mendengar, kurang membaca malah kurang kemahiran menguruskan duit berakhir dengan malapetaka yang amat mengharukan. Kekadang mengundang hidangan yang lazat digantikan dengan ikan kering, maggi.... alah biasalah macam tak pernah terlibat dengan konflik duitt kan kan kan
Yang dah ada anak (cute macam kat gambotu) lagilah haru macam2 nak difikirkan pasal belanja itu ini, silap teknik.... macam biasalah sardin, maggi lagi yang menjadi pujaan.. Kalau ada yang nak berkongsi cerita pasal duit responlarrr ek.. maybe ada petua yg boleh di kongsi
No comments:
Post a Comment