Saturday, October 12, 2013

Hanya Allah jua yang maha mengetahui debaran hati seorang guru yang mengajar kelas peperiksaan.Begitu juga kepada guru-guru lain.. Segala usaha telah dibuat.. Serahkan kepada Allah untuk menentukannya. Bila tahu soalan KHB ERT agak susah, rasa longlai aje jiwa ni. Terfikir cukupkah segala usaha. Terasa banyak yang tidak diketahui. Allah jua tempat mengadu segala hal.Cikgu doakan pelajar-pelajar SMK Seri Perling, Johor Bahru akan beroleh kejayaan.

Monday, April 1, 2013

Inilah kerjaya ku

Jadual mengajar akan berubah lagi!!!
Dah lama tak mengajar pendidikan jasmani.. Harini terasa longgar semua otot. Peluh pun keluar banyak. Seronok tgk pelajar aktif, tak adalah hanya duduk di kelas.. Teringat zaman sekolah dulu.

Best jugak Pj dgn member Zairisma. Pelajar tg 5 vs tg 3.. Main Kapten Ball. Harini tg 3 tewas. Menang kalah tak penting.

Sunday, March 31, 2013

Mari Berangan!

Sejak pindah rumah memang berazam nak buat taman. Saya ada sedikit pengalaman dan ilmu berkaitan tanaman hiasan. Harap2 angan2 ni menjadi.

Dah beberapa kali cuba buat taman. Dari duduk rumah lama sampai le sekarang masih belum berjaya.. Tak ape. Tak salahkan berangan. ok, step permulaan ni beli lagi pokok, ada taman herba dah dimulakan. Kawasan bertanah pun agak besar lebih kurang 12 ' x80'.. Think positive!!!!!

Memangla bila nak memulakan sesuatu tu agak laaammmmbbbbaaatt .. well, sekali lagi think positif.

Friday, June 12, 2009

DUIT DUIT DIMANA KAU DUIT....


Duit..... sudah jadi lumrah duit memainkan peranan penting dalam kehidupan kita seharian... tanpa duit, banyak perkara tidak dapat dilakukan dengan betul ... apapun perkara berakhir kerana duit (kebanyakkannye lah) . Kawan-kawan seperjuangan ada yang termenung kerana duit, ada yang menggigit jari kerana duit, sungguh duit boleh diganti dengan duit keras (kad kredit) akhirnya ia akan berakhir dengna soal duit apabila pengabisannya hutang kad mesti dibayar dengan duit... Ramai insan yang hilang moralitinya juga kerana perlukan duit untuk hidup atau lebih tepatnya nak hidup senang...


Suami isteri bergaduh malah ada yang sanggup berbunuhan pun kerana duit. Kurang iman, kurang pengetahuan, kurang mendengar, kurang membaca malah kurang kemahiran menguruskan duit berakhir dengan malapetaka yang amat mengharukan. Kekadang mengundang hidangan yang lazat digantikan dengan ikan kering, maggi.... alah biasalah macam tak pernah terlibat dengan konflik duitt kan kan kan


Yang dah ada anak (cute macam kat gambotu) lagilah haru macam2 nak difikirkan pasal belanja itu ini, silap teknik.... macam biasalah sardin, maggi lagi yang menjadi pujaan.. Kalau ada yang nak berkongsi cerita pasal duit responlarrr ek.. maybe ada petua yg boleh di kongsi